Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2012

Seksyen 6

(1)

Bagi maksud Perintah ini, suatu syarikat yang layak yang melakukan suatu perbelanjaan yang layak hanya layak untuk membuat tuntutan bagi elaun modal di bawah Jadual 3 kepada Akta jika perbelanjaan yang layak itu merupakan suatu perbelanjaan modal yang layak di bawah Jadual itu.

(2)

Jika perbelanjaan modal yang layak bagi suatu aset dilakukan oleh suatu syarikat yang layak bagi maksud projek yang layak dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam masa lima tahun dari tarikh perolehan aset, amaun pendapatan yang dikecualikan berkenaan dengan elaun aset itu disifatkan tidak dikecualikan kepada syarikat itu yang sepatutnya syarikat itu berhak.

Penarikan balik pengecualian cukai