Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 4

(1)

Apa-apa amaun kerugian larasan yang dilakukan—

(a)

dari tahun taksiran dalam tempoh asas pendapatan yang disebut dalam perenggan 3 telah bermula sehingga tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran yang dikecualikan; dan

(b)

semasa tahun taksiran yang dikecualikan, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong terhadap pendapatan berkanun bagi punca pendapatan yang disebut dalam perenggan 3 dalam tahun selepas tahun taksiran yang dikecualikan sehingga semua amaun kerugian larasan yang ke atasnya ia berhak telah digunakan.

(2)

Apa-apa kerugian larasan yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta.