Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanunnya yang diperoleh daripada perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pengurusan kumpulan wang kepada amanah perniagaan atau amanah pelaburan harta tanah di Malaysia yang diuruskan menurut prinsip Syariah dan diperakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
P.U. (A) 150 3
(2)
Dalam subperenggan (1)—
(a)
pengurusan kumpulan wang mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007;
(b)
amanah perniagaan mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007; dan
(c)
amanah pelaburan harta tanah mempunyai erti yang sama yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan amanah pelaburan harta tanah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Akaun berasingan