Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan orang yang disebut dalam subperenggan (2)
dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada peruntukan subseksyen 54A(1) dan (2) Akta dan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada punca perniagaan kapal Malaysia.
(2)
Orang yang disebut dalam subperenggan (1) ialah seseorang yang bermastautin di Malaysia yang menjalankan perniagaan
(a)
mengangkut penumpang atau kargo melalui jalan laut atas suatu kapal Malaysia; atau
(b)
menyewakan kapal Malaysia yang dimilikinya untuk pelayaran atau berdasarkan sewa mengikut tempoh.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang disebut dalam perenggan ini daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
P.U. (A) 38 3
Dibuat 23 Januari 2018
[Perb. 0.3865/73(SJ.110) JLD.3(SK.1); LHDN.01/10.5-1/64-15; PN(PU2)80/LXXXIX]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 38 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) ORDER 2018