Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2019

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana orang yang tidak bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh dari Malaysia bagi—

(a)

faedah yang disebut dalam perenggan 4(c) Akta; atau

(b)

perkhidmatan teknikal yang disebut dalam subperenggan 4A(ii) Akta, berhubung dengan terbitan bon yang disebut dalam perenggan 2.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh sepuluh tahun bermula dari tahun taksiran 2019.

3

(3)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

Ketidakpakaian

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2019