Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan suatu institusi atau organisasi keagamaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai berkenaan dengan pendapatan kasar yang diperoleh daripada semua sumber bagi tempoh yang ditentukan dan tertakluk kepada semua syarat-syarat yang dikenakan oleh Menteri.
3
(2)
Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah pada atau selepas 1 Januari 2020.
(3)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan institusi atau organisasi keagamaan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Dibuat 30 Mac 2020
[MOF.TAX(S)700-1/3/35(10); LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-22; PN(PU2)80/XCVIII]
TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) ORDER 2020