Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti pengilangan baharu yang dijalankan oleh suatu syarikat yang layak tetapi tidak termasuk mana-mana aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
mempunyai operasi pengilangan sedia ada di Malaysia; dan
P.U. (A) 240 3
(c)
menempatkan semula operasi pengilangannya ke Malaysia bagi perniagaan baharu yang keluaran daripada perniagaan baharu itu bukan projek pembesaran bagi keluaran sedia ada;
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sedia ada yang layak mendapat pengecualian di bawah subperenggan 3(1).
Pengecualian