Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dibuat oleh syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Sesuatu permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1)
hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis oleh syarikat yang layak dan diterima oleh
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Julai 2020 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2024;
dan
(b)
mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Menteri.
(3)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) menurut permohonan yang disebut dalam subperenggan (2) adalah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:
(a)
melakukan amaun minimum pelaburan dalam harta tetap tidak termasuk tanah melebihi tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00)
P.U. (A) 240 4
dalam tempoh tiga tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dibuat; dan
(b)
menggaji sekurang-kurangnya lapan puluh peratus pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia pada atau sebelum tahun ketiga dari tarikh invois pertama berhubung dengan aktiviti yang layak dikeluarkan oleh syarikat yang layak itu sehingga tamat tempoh pengecualian.
(4)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”) bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dibuat oleh syarikat yang layak, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
(5)
Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dibuat oleh syarikat yang layak hendaklah tidak boleh lebih awal dari 1 Julai 2020.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
(7)
Jika syarikat yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat itu tidak layak mendapat pengecualian di bawah subperenggan (1) berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama.
Perbelanjaan modal yang layak