Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan suatu kilang, jentera atau loji yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak.
P.U. (A) 240 5
(2)
Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas—
(a)
mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal; atau
(b)
mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat yang layak itu.
Pendapatan berkanun