Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2023

Seksyen 5

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 3(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu kilang, jentera atau loji digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang kilang, jentera atau loji itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.

(3)

Jika pengecualian diberikan kepada syarikat yang layak di bawah subperenggan 3(1) bagi suatu tahun taksiran, suatu amaun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah dikecualikan daripada cukai bagi tahun taksiran itu.

(4)

Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada aktiviti yang layak, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 3(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 3(1)

P.U. (A) 240 6

bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang ia berhak dikecualikan.

Pelupusan kilang, jentera atau loji dalam tempoh lima tahun