Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak ke atas kilang, jentera atau loji yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak dan kilang, jentera atau loji itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan kilang, jentera atau loji itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang kilang, jentera atau loji itu dilupuskan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi kilang, jentera atau loji yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 7.
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa kilang, jentera atau loji yang berkenaan dengannya pengecualian itu dimohon oleh syarikat yang layak di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
Penarikan balik pengecualian