Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 3(1) sekiranya syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian dalam mana-mana tahun taksiran dalam tempoh pengecualian.
(2)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 3(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu.
P.U. (A) 240 7
(3)
Walau apa pun subperenggan (1) dan (2), jika dalam mana-mana tahun taksiran dalam tempoh pengecualian, syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian, perenggan 3 tidak terpakai.
Penyerahan pengecualian