Malaysia legislation

Section 9

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2023

Seksyen 9

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian, membenarkan syarikat yang layak untuk menyerahkan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini melalui notis secara bertulis kepada Menteri melalui

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(2)

Penyerahan pengecualian hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan pengecualian itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Punca berasingan dan akaun berasingan