Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), suatu perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual yang dilakukan oleh suatu syarikat berstatus IDR berhubung dengan suatu bangunan, jentera atau loji yang digunakan dalam suatu nod yang diluluskan semata-mata bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak.
P.U. (A) 37 4
(2)
Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Jadual, perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) tidak boleh termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas—
(a)
mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal; atau
(b)
mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat berstatus IDR itu.
Pengecualian