Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 6

(1)

Menteri mengecualikan suatu syarikat berstatus IDR dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak yang bersamaan dengan amaun elaun sebanyak seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berstatus IDR itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Syarikat berstatus IDR boleh memohon bagi suatu pengecualian di bawah subperenggan (1) jika—

(a)

suatu permohonan secara bertulis dibuat oleh syarikat berstatus IDR itu dan permohonan itu diterima oleh Menteri melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar pada atau selepas 24 Oktober 2013 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2024;

dan

(b)

syarikat berstatus

IDR itu mematuhi semua syarat berhubung dengan permohonan yang dikenakan oleh Menteri.

P.U. (A) 37 5

(3)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) menurut permohonan di bawah subperenggan (2) adalah tertakluk kepada syarikat berstatus IDR itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan.

(4)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah bagi tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan oleh syarikat berstatus IDR sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

(5)

Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan oleh syarikat berstatus IDR itu tidak boleh lebih awal dari tiga tahun sebelum tarikh permohonan bagi pengecualian diterima oleh Menteri dan tidak boleh lebih awal dari 24 Oktober 2013.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat berstatus IDR itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Pendapatan berkanun