Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan—
(a)
suatu syarikat Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada dividen yang diterima;
(b)
mana-mana orang daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada dividen yang diterima daripada suatu syarikat Labuan yang dibayar, dikredit atau diagihkan daripada pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan Labuan atau pendapatan yang dikecualikan daripada cukai;
(c)
seseorang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada faedah yang diterima daripada suatu syarikat Labuan selain faedah yang terakru kepada suatu perniagaan yang dijalankan oleh orang bukan pemastautin di Malaysia jika orang bukan pemastautin itu dilesenkan untuk menjalankan perniagaan di bawah
P.U. (A) 59 3
Akta
Perkhidmatan
Kewangan 2013
[Akta 758]
atau
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(d)
suatu syarikat Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada faedah yang diterima daripada syarikat Labuan yang lain;
(e)
seseorang pemastautin selain orang berlesen untuk menjalankan perniagaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada faedah yang diterima daripada suatu syarikat Labuan;
(f)
seseorang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada royalti yang diterima daripada suatu syarikat Labuan;
(g)
suatu syarikat Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada royalti yang diterima daripada syarikat Labuan yang lain;
(h)
seseorang benefisiari daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada pengagihan yang diterima daripada suatu amanah Labuan atau suatu amanah
Islam Labuan;
(i)
seseorang rakan kongsi bagi perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian terhad Islam
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada pengagihan keuntungan selepas cukai yang dibayar, dikredit atau diagihkan oleh perkongsian terhad Labuan,
P.U. (A) 59 4
perkongsian liabiliti terhad Labuan, perkongsian terhad Islam
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan;
(j)
seseorang anggota yayasan Labuan atau yayasan Islam Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada pengagihan keuntungan selepas cukai yang diterima daripada yayasan Labuan atau yayasan Islam
Labuan;
(k)
seseorang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada amaun yang diterima daripada suatu syarikat Labuan sebagai balasan bagi perkhidmatan, nasihat atau bantuan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4A(i) dan (ii) Akta; dan
(l)
suatu syarikat Labuan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kena cukai daripada amaun yang diterima daripada syarikat Labuan yang lain sebagai balasan bagi perkhidmatan, nasihat atau bantuan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4A(i) dan (ii) Akta.
(2)
Bagi maksud perenggan ini—
“amanah Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Amanah Labuan 1996 [Akta 554];
“amanah Islam Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
[Akta 705];
“perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010;
P.U. (A) 59 5
“perkongsian liabiliti terhad Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti
Terhad Labuan 2010 [Akta 707];
“perkongsian terhad Islam Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010;
“perkongsian terhad Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad
Labuan 2010;
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445];
“yayasan”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010; dan
“yayasan Islam Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A kepada Akta