Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN BAGI KAPAL MALAYSIA) 2024
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan seseorang yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan mengangkut penumpang atau kargo melalui jalan laut atas suatu kapal Malaysia atau menyewakan kapal Malaysia yang dimilikinya untuk pelayaran atau berdasarkan sewa mengikut tempoh dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada—
(a)
pemakaian subseksyen 54A(1) dan (2) Akta; dan
(b)
pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada punca perniagaan yang terdiri daripada kapal Malaysia.
(2)
Bagi maksud Perintah ini, orang yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah mendapatkan penentusahan tahunan daripada Kementerian Pengangkutan sebagaimana yang berikut:
(a)
orang itu melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit
3
(RM250,000.00) bagi setiap kapal Malaysia; dan
(b)
orang itu mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Malaysia bagi setiap kapal Malaysia—
(i)
berhubung dengan pekerja pesisir, sekurang-kurangnya empat orang pekerja yang berikut dan majoriti pekerja itu hendaklah warganegara Malaysia:
(A)
seorang ketua pegawai eksekutif;
(B)
seorang pegawai tadbir dan kewangan;
(C)
seorang pegawai operasi; dan
(D)
seorang pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal kesihatan, perlindungan, keselamatan dan persekitaran; dan
(ii)
berhubung dengan pekerja yang merupakan anak kapal di bawah Bahagian III Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
[Ord. 70/1952], pekerja itu hendaklah tertakluk kepada kehendak minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam
Perakuan Keanggotaan Selamat yang dikeluarkan oleh
Jabatan Laut Malaysia.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang disebut dalam perenggan ini daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
4
Dibuat 21 Jun 2024
[LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-353; MOF.TAX(S)700-2/1/193 Jld.2 (3); PN(PU2)80/JLD.112]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION FOR MALAYSIAN SHIP) ORDER 2024