Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan orang yang berikut yang bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang berhubungan dengan urusan berniaga dalam sukuk:
(a)
pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti;
(b)
orang yang ditentukan sebagai seorang berdaftar di bawah Jadual 4
(perenggan 76(1)(a)) Akta itu; dan
P.U. (A) 444 3
(c)
orang berdaftar di bawah subseksyen 76(2) Akta itu, jika perniagaan itu dijalankan melalui akaun milikan orang itu.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang dinyatakan di bawah subperenggan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Akaun yang berasingan