Seksyen 4
Akaun yang berasingan
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2011
P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4
(1)
Jika orang yang dikecualikan di bawah subperenggan 3(1) menjalankan suatu urusan yang disebut dalam subperenggan itu dan apa-apa urusan atau aktiviti lain, setiap urusan atau aktiviti itu hendaklah dianggap sebagai punca urusan atau aktiviti yang berasingan dan tersendiri orang itu.
(2)
Orang yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah menyenggarakan suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada urusan atau aktiviti yang disebut dalam subperenggan itu.