Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2013

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan BNM Kijang Berhad atau mana-mana pemegang

Sukuk Kijang daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berhubung dengan apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada Sukuk

Kijang.

(2)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan BNM Kijang Berhad atau pemegang Sukuk Kijang daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

(3)

Bagi maksud Perintah ini, “Sukuk Kijang” ertinya sekuriti Islam yang mempunyai nilai nominal sehingga dua ratus lima puluh juta dolar Amerika Syarikat

(USD$250,000,000) yang diterbitkan atau akan diterbitkan mengikut prinsip Shariah

Ijarah oleh BNM Kijang Berhad.

Ketidakpakaian