Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2016

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang berikut yang diterima daripada orang yang layak bagi maksud suatu aktiviti yang layak:

(a)

fi bagi nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan di bawah subperenggan 4A(ii) Akta; atau

(b)

royalti di bawah perenggan 4(d) Akta.

(2)

Subperenggan (1) terpakai bagi bayaran yang dibuat berkenaan dengan pendapatan di bawah subsubperenggan (a) atau (b) oleh orang yang layak itu kepada orang bukan pemastautin itu pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

Ketidakpakaian