Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2018 (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Perintah ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 3 dengan perenggan yang berikut:

“Syarikat yang layak 3.

(1)

Syarikat yang layak yang disebut dalam

Perintah ini ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia—

(a)

yang memenuhi kehendak yang berikut:

(i)

belum mengeluarkan apa-apa invois bagi aktiviti menjanakan pendapatan teras di Malaysia pada tarikh permohonan bagi penganugerahan status

Koridor Raya Multimedia dibuat; atau

P.U. (A) 84 4

(ii)

mempunyai enam puluh peratus pemilikan ekuiti

Malaysia dan belum mengeluarkan apa-apa invois bagi aktiviti menjanakan pendapatan teras di Malaysia melebihi dua belas bulan sebelum tarikh permohonan bagi penganugerahan status

Koridor Raya Multimedia dibuat;

(b)

yang telah membuat permohonan kepada Menteri melalui

Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. bagi penganugerahan status Koridor Raya Multimedia pada atau selepas 1 Januari 2019; dan

(c)

yang telah dianugerahkan status Koridor Raya Multimedia oleh Kerajaan Malaysia.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, “status Koridor Raya Multimedia”

ertinya status

Koridor

Raya

Multimedia yang dianugerahkan oleh

Kerajaan Malaysia kepada syarikat yang layak.”.

Perenggan baharu 3A

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2018 (PINDAAN) 2024