Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aktiviti digalakkan bagi Koridor Raya Multimedia” ertinya aktiviti yang dinyatakan dalam ruang (2), Jadual 1 yang diluluskan oleh Menteri, tetapi tidak termasuk aktiviti perdagangan, pengilangan atau penyediaan perkhidmatan telekomunikasi;
“aktiviti menjanakan pendapatan teras” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu syarikat yang layak di Malaysia untuk memberikan perkhidmatan berhubungan dengan aktiviti digalakkan bagi Koridor Raya Multimedia sebagaimana yang diluluskan di bawah penganugerahan status Koridor Raya Multimedia;
“bandar siber atau pusat siber Koridor Raya Multimedia” ertinya kawasan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai bandar siber atau pusat siber Koridor Raya
Multimedia dari semasa ke semasa;
“premis yang ditetapkan” ertinya premis dalam kawasan bandar siber atau pusat siber Koridor Raya Multimedia yang ditetapkan sebagai sedemikan oleh
Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa;
P.U. (A) 389 3
“surat kelulusan” ertinya surat kelulusan yang dikeluarkan kepada syarikat yang layak berkenaan dengan penganugerahan status Koridor Raya Multimedia;
“status Koridor Raya Multimedia” ertinya status Koridor Raya Multimedia yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia kepada syarikat yang layak;
“tempoh pengecualian” ertinya tempoh pengecualian sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 4(1) atau apa-apa tempoh pengecualian lanjutan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 5(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.