Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2018

Seksyen 4

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia—

(1)

Tertakluk kepada perenggan ini, Menteri boleh mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjanakan pendapatan teras bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Syarikat yang layak hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh penganugerahan status Koridor Raya Multimedia, memohon penentuan tarikh permulaan tempoh pengecualian.

(3)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarikat yang layak mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk seperti yang berikut:

(a)

syarikat yang layak hendaklah menggaji bilangan minimum pekerja sepenuh masa bagi menjalankan aktiviti menjanakan pendapatan teras sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 atau bilangan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(b)

pekerja sepenuh masa yang disebut dalam subsubperenggan (a)

hendaklah mempunyai amaun minimum gaji asas bulanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 atau amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

(c)

syarikat yang layak hendaklah melakukan amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan dan pelaburan dalam harta tetap bagi menjalankan aktiviti menjanakan pendapatan teras sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2 atau amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

P.U. (A) 389 5

(4)

Amaun pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti menjanakan pendapatan teras dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang berkenaan dengannya pembayaran cukai pendapatan dikecualikan di bawah Perintah ini hendaklah sama ada seratus peratus atau tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri mengikut Jadual 2 dan dinyatakan dalam surat kelulusan.

(5)

Menteri boleh menentukan pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) adalah pendapatan nilai tambahan.

(6)

Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(7)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

(8)

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tidak termasuk apa-apa pendapatan daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ianya diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak tersebut.

(9)

Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subperenggan (8) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

P.U. (A) 389 6

(10)

Bagi maksud perenggan ini—

(a)

“pendapatan nilai tambahan” ertinya pendapatan berkanun bagi tempoh asas bagi tahun taksiran tolak pendapatan asas yang dilaraskan mengikut inflasi;

(b)

“pendapatan asas yang dilaraskan mengikut inflasi” hendaklah ditentukan mengikut formula berikut—

(i)

bagi tahun taksiran pertama operasi syarikat yang layak:

A (1 + B)

iaitu

A ialah pendapatan berkanun purata suatu syarikat yang layak untuk sehingga tiga tahun sebelum tahun taksiran pertama operasi syarikat yang layak;

B ialah kadar inflasi untuk tahun asas;

(ii)

bagi tahun taksiran kedua operasi syarikat yang layak dan kemudiannya:

C (1 + B)

iaitu

C ialah pendapatan yang dilaraskan mengikut inflasi untuk tahun yang sebelumnya; dan

B ialah kadar inflasi untuk tahun asas; dan

(c)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, inovasi dan penemuan utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, proses atau formula dan pengetahuan rahsia,

P.U. (A) 389 7

petunjuk geografi, pemberian perlindungan suatu varieti tumbuhan dan hak-hak lain yang serupa, sama ada berdaftar atau boleh daftar.

Pelanjutan tempoh pengecualian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2018