Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri boleh melanjutkan tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 4(1) bagi tempoh lima tahun lagi tertakluk kepada syarikat yang layak itu memenuhi syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 4(3).
(2)
Permohonan bagi pelanjutan tempoh pengecualian hendaklah dibuat oleh syarikat yang layak secara bertulis kepada Menteri tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 4(1).
(3)
Pelanjutan tempoh pengecualian hendaklah bermula dari tarikh berikutnya selepas tamat tempoh pengecualian yang disebut dalam subperenggan 4(1) dan berterusan selama tempoh lima tahun.
(4)
Tiada pelanjutan tempoh pengecualian hendaklah diberikan jika pengecualian yang diberikan adalah ke atas pendapatan nilai tambahan yang disebut dalam subperenggan 4(5).
Penarikan balik pengecualian