Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2018

Seksyen 6

(1)

Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 4(1) sekiranya syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang disebut dalam subperenggan 4(3) atau mana-mana peruntukan di bawah Akta atau Perintah ini.

(2)

Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1), penarikan balik itu hendaklah disifatkan berkuat kuasa—

(a)

dari tarikh pengecualian itu mula berkuat kuasa; atau

P.U. (A) 389 8

(b)

jika Menteri fikirkan patut, dari suatu tarikh selepas tarikh pengecualian itu mula berkuat kuasa, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Punca berasingan dan akaun berasingan