Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Perintah ini tidak terpakai bagi syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu—
(a)
telah membuat tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(b)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327] berkenaan dengan aktiviti menjanakan pendapatan teras;
(c)
telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A)
Akta berkenaan dengan aktiviti menjanakan pendapatan teras; atau
(d)
telah membuat suatu tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
P.U. (A) 389 9
(i)
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan
Yuran
Kesetiausahaan dan
Yuran
Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
Peruntukan khas