Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2021

Seksyen 3

Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang bermastautin di Malaysia;

(b)

terlibat dalam aktiviti pengilangan dalam sektor elektrikal dan elektronik dengan mematuhi Akta Penyelarasan Industri 1975 [Akta 156]

bagi maksud pelaburan semula dalam projek yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(2);

(c)

memegang suatu lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan;

(d)

memegang suatu lesen pengilang yang dikeluarkan oleh pegawai pelesenan menurut Akta Penyelarasan Industri 1975 atau surat pengesahan pengecualian daripada lesen pengilang yang dikeluarkan oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(e)

telah membuat tuntutan bagi insentif yang berikut yang tempoh bagi insentif itu telah tamat dalam tahun taksiran 2019 atau apa-apa tahun taksiran lain yang sebelumnya berkenaan dengan projek yang layak yang sama:

(i)

elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta; dan

(ii)

apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986

[Akta 327].

P.U. (A) 370 4

Perbelanjaan modal yang layak