Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 10) 2021

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal yang berikut yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak berhubung dengan suatu bangunan, kilang, jentera atau loji yang digunakan di

Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan projek yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(2):

(a)

berhubung dengan bangunan atau kilang, kos pembelian atau pembinaan bangunan atau kilang; dan

(b)

berhubung dengan jentera atau loji, kos penyediaan jentera atau loji.

(2)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)

tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas—

(a)

mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal; atau

(b)

mana-mana jentera atau loji yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, syarikat yang layak itu.

Pengecualian