Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan orang yang dinyatakan dalam Jadual yang bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti dan menasihati tentang kewangan korporat di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang berhubungan dengan pengaturan, penajajaminan dan pengagihan sukuk.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang dinyatakan dalam Jadual itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
P.U. (A) 445 3
Akaun yang berasingan