Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 11) 2011

Seksyen 4

(1)

Jika orang yang dikecualikan di bawah subperenggan 3(1) menjalankan suatu aktiviti yang disebut dalam subperenggan itu dan apa-apa aktiviti atau urusan lain, setiap aktiviti atau urusan itu hendaklah dianggap sebagai punca aktiviti atau urusan yang berasingan dan tersendiri orang itu.

(2)

Orang yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah menyenggarakan suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti atau urusan yang disebut dalam subperenggan itu.

Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A Akta