Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 11) 2012

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Industri

Pelancongan 1992 untuk menjalankan suatu perniagaan pengendalian pelancongan daripada pembayaran cukai berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada pelancongan domestik.

P.U. (A) 451 3

(2)

Pengecualian dalam subperenggan (1) hanya terpakai jika jumlah bilangan pelancong tempatan dalam pelancongan domestik yang berhubungan dengan syarikat itu adalah tidak kurang daripada satu ribu lima ratus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang disahkan melalui suatu surat daripada Kementerian

Pelancongan Malaysia.

Penyenggaraan akaun yang berasingan

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 11) 2012