Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Perintah ini—
“perniagaan perkhidmatan yang layak” ertinya suatu perniagaan berhubung dengan perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;
P.U. (A) 286 3
“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia 1995 [Akta 539];
“skim percantuman” ertinya suatu skim yang melibatkan percantuman perusahaan kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang layak yang sama mengikut amalan yang diterima umum di Malaysia;
“syarikat yang layak” ertinya—
(a)
suatu perusahaan kecil dan sederhana yang diperbadankan sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan
(b)
bermastautin di Malaysia.
Pengecualian