Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti yang ditentukan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan Jadual 2;
“Koridor Pembangunan Sabah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan
Sabah 2009 [No. 1/2009];
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
(2)
Kecuali bagi subperenggan 5(1) dan (2), perenggan 46 dan 55 Jadual 3
kepada Akta hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa sebutan mengenai
“dilakukan” dalam Perintah ini, dan perkataan “melakukan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
P.U. (A) 390 3
Syarikat yang layak