Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
mendapat kelulusan daripada Menteri untuk menjalankan suatu aktiviti yang layak bagi Koridor Pembangunan Sabah.
(2)
Jika syarikat yang layak ialah suatu syarikat yang telah diberikan pengecualian di bawah Perintah ini, mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat itu tidak layak mendapat pengecualian di bawah Perintah ini berhubung dengan aktiviti yang layak yang sama.
Perbelanjaan modal yang layak