Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada perenggan 8, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak, berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan perkhidmatan yang layak bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, daripada pembayaran cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun taksiran berturut-turut mulai dari tarikh pemerolehan diselesaikan.
(2)
Tertakluk kepada perenggan 5 dan 6, pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
(a)
berhubung dengan suatu syarikat yang layak yang mempunyai modal berbayar berkenaan dengan syer biasanya sebanyak dua juta lima ratus ribu ringgit dan kurang selepas pemerolehan diselesaikan—
(i)
bagi tiap-tiap ringgit dalam RM500,000.00 yang pertama pendapatan yang boleh dikenakan cukai, kadar cukai
P.U. (A) 287 4
semasa bagi amaun itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2A Bahagian I Jadual 1 Akta terpakai;
(ii)
bagi tiap-tiap ringgit yang melebihi
RM500,000.00
pendapatan yang boleh dikenakan cukai, pendapatan berkanun hendaklah dikira mengikut formula yang berikut:
B iaitu A ialah amaun cukai yang dikenakan bagi tiap-tiap ringgit yang melebihi
RM500,000.00
pendapatan yang boleh dikenakan cukai syarikat yang layak itu pada kadar cukai semasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 2A Bahagian I