Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hanya terpakai jika jumlah bilangan pelancong tempatan bagi aktiviti yang layak itu tidak kurang daripada satu ribu lima ratus dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(3)
Jumlah bilangan pelancong dari luar Malaysia yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah ditentusahkan secara bertulis oleh pegawai Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang diberi kuasa.
Punca berasingan dan akaun berasingan