Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Syarikat yang layak
(1)
Syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], bermastautin di Malaysia dan yang diluluskan oleh Menteri yang memenuhi kehendak yang berikut:
P.U. (A) 391 3
(a)
menjalankan aktiviti yang layak di Koridor Pembangunan Sabah;
(b)
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi yang diluluskan di Koridor Pembangunan Sabah bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(c)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak atau pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi yang diluluskan di Koridor Pembangunan
Sabah bagi menjalankan aktiviti yang layak.
(2)
Jika syarikat yang layak ialah suatu syarikat yang telah diberikan pengecualian di bawah Perintah ini, mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat itu tidak layak mendapat pengecualian di bawah Perintah ini berhubung dengan aktiviti yang layak yang sama.
Pengecualian