Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 12) 2018

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada perenggan ini dan perenggan 5 dan 6, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh—

(a)

lima tahun taksiran berturut-turut berkenaan dengan aktiviti yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1; atau

(b)

sepuluh tahun taksiran berturut-turut berkenaan dengan aktiviti yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2, bermula dari tahun taksiran pertama syarikat yang layak memperoleh pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak, yang disebut sebagai “tahun-tahun taksiran yang dikecualikan” dalam Perintah ini.

P.U. (A) 391 4

(3)

Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah pada atau selepas 20 November 2012 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(4)

Bagi maksud aktiviti yang layak di bawah Butiran1 Jadual 1 dan Butiran 1