Seksyen 11
Ketidakpakaian
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 13) 2013
Perintah ini tidak terpakai bagi syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang telah diberikan—
(a)
potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun
Peningkatan Eksport) 1999 [P.U. (A) 128/1999];
(b)
potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi
Kos
Pengambilan
Syarikat
Milik
Asing)
2013
[P.U. (A) 218/2013];
(c)
potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Projek Pengeluaran Bahan Makanan yang
Diluluskan) 2006 [P.U. (A) 55/2006];
(d)
pengecualian ke atas nilai peningkatan eksport di bawah Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian)
(No.
17)
2005
[P.U. (A) 158/2005];
(e)
elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;
(f)
apa-apa galakan (kecuali potongan bagi promosi eksport)
di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986;
(g)
pengecualian bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 10) 2006 [P.U. (A) 51/2006];
(h)
pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 40) 2005 [P.U. (A) 307/2005];
(i)
pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 41) 2005 [P.U. (A) 308/2005];
P.U. (A) 294 8
(j)
pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian)
(No. 42) 2005 [P.U. (A) 309/2005];
(k)
pengecualian bagi syarikat modal teroka di bawah Perintah Cukai
Pendapatan (Pengecualian) (No. 11) 2005 [P.U. (A) 75/2005];
(l)
potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi
Pelaburan dalam
Suatu
Syarikat
Teroka)
2005
[P.U. (A) 76/2005]; atau
(m)
potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Pelaburan dalam Syarikat Berstatus BioNexus) 2007
[P.U. (A) 373/2007].