Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“dapatan penyelidikan dan kemajuan” ertinya dapatan penyelidikan dan kemajuan bagi aktiviti atau keluaran bukan berasaskan sumber yang disenaraikan dalam Jadual dan dimiliki sepenuhnya oleh suatu institusi penyelidikan awam atau institusi pengajian tinggi awam di Malaysia;

"dilakukan" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 33(1) dan dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;

“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai dalam suatu syarikat yang layak yang syarikat yang layak itu tidak mempunyai tanggunggan untuk membayar balik, atau pegangan modal syer berbayar dalam bentuk tunai berkenaan dengan syer biasa dalam suatu syarikat yang layak;

“pengkomersialan” ertinya suatu proses transformasi dapatan penyelidikan dan kemajuan kepada suatu produk atau proses yang mempunyai aplikasi perindustrian atau yang boleh dipasarkan;

P.U. (A) 294 3

“syarikat pelabur” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta

(a)

yang membuat pelaburan bagi maksud projek pengkomersialan dalam suatu syarikat yang layak;

(b)

yang secara langsung memiliki sekurang-kurangnya tujuh puluh (70)

peratus modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasa dalam suatu syarikat yang layak;

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta

Syarikat 1965—

(a)

yang sekurang-kurangnya tujuh puluh (70) peratus modal syer berbayar berkenaan dengan syer biasanya dimiliki secara langsung oleh suatu syarikat pelabur yang membuat pelaburan dalam syarikat yang layak bagi maksud projek pengkomersialan; dan

(b)

yang menjalankan projek pengkomersialan.

Pengecualian

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013