Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013

Seksyen 3

Syarikat 1965 [Akta 125]—

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan yang berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut (tahun taksiran yang dikecualikan).

(2)

Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam surat kelulusan bagi projek pengkomersialan itu.

P.U. (A) 294 4

(3)

Permulaan tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan oleh

Menteri atau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Pendapatan faedah yang diperoleh oleh syarikat yang layak daripada pendepositan lebihan pelaburan yang diterima daripada syarikat pelabur dalam mana-mana bank atau institusi kewangan sementara sebelum digunakan bagi projek pengkomersialan hendaklah dianggap sebagai pendapatan di bawah perenggan 4(c)

Akta.

(5)

Pendapatan berkanun perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1)

dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu dibuat.

(6)

Jika suatu aset digunakan bagi maksud perniagaan itu digunakan juga bagi maksud suatu perniagaan selain perniagaan itu, maka elaun yang tergolong boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud perniagaan yang berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan.

(7)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) akan melepaskan atau dianggap melepaskan syarikat yang layak daripada mematuhi apa-apa keperluan untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Layanan cukai bagi syarikat yang layak yang mengalami kerugian