Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013

Seksyen 4

(1)

Jika suatu syarikat yang layak didapati mempunyai kerugian larasan di bawah subseksyen 44(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa mana-mana tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan, amaun kerugian larasan itu tidaklah boleh diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada perniagaan itu

P.U. (A) 294 5

atau perniagaan selain perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan.

(2)

Jika suatu syarikat yang layak didapati mempunyai kerugian di bawah subseksyen 43(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa mana-mana tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan, amaun kerugian larasan itu tidaklah boleh diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada perniagaan itu atau perniagaan selain perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan.

(3)

Apa-apa baki kerugian larasan yang ditentukan menurut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada perniagaan berhubung dengan pelaksanaan suatu projek pengkomersialan tidaklah boleh diambil kira bagi maksud Akta ini dalam tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya selepas tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemakaian potongan bagi penggalakan eksport di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013