Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013

Seksyen 6

Pemakaian potongan bagi penyelidikan di bawah seksyen 34A Akta

(1)

Bagi maksud mengira pendapatan larasan daripada perniagaan atau projek yang disebut dalam subperenggan 3(1), suatu perbelanjaan yang dibenarkan sebagai suatu potongan semasa tahun taksiran yang dikecualikan bagi penyelidikan di bawah seksyen 34A Akta hendaklah dikumpul dan amaun aggregat perbelanjaan itu

P.U. (A) 294 6

hendaklah dibenarkan sebagai potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pertama selepas tahun taksiran yang dikecualikan.

(2)

Amaun potongan yang dibuat di bawah subperenggan (1) hendaklah bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan.

(3)

Jika suatu potongan telah dibuat di bawah Perintah ini berkenaan dengan perbelanjaan yang disebut dalam subperenggan (1), perbelanjaan itu tidak layak untuk apa-apa potongan di bawah Akta.

Elaun modal

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013