Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2013

Seksyen 8

Penarikan balik pengecualian cukai

Menteri atau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menarik balik pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun perniagaan atau projek yang disebut dalam subperenggan 3(1), jika syarikat yang layak itu gagal untuk mematuhi syarat yang ditentukan oleh Menteri yang disebut dalam subperenggan 3(2).