Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 13) 2021

Seksyen 2

Bagi maksud Perintah ini—

“individu bukan warganegara Malaysia” ertinya individu bukan warganegara

(a)

peserta program Malaysia My Second Home dan tanggungannya;

(b)

pemegang pas pelajar Malaysia dan tanggungannya; dan

(c)

pemegang permit kerja Malaysia dan tanggungannya.

“nilai peningkatan eksport”

ertinya perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam tempoh asas itu dan tempoh sebelum sahaja tempoh asas itu;

“pelanggan asing” ertinya suatu syarikat, suatu perkongsian, suatu organisasi atau syarikat kerjasama yang diperbadankan atau didaftarkan di luar negara Malaysia atau seseorang individu bukan warganegara Malaysia atau warganegara Malaysia bukan pemastautin yang tinggal di luar negara dan tanggungannya; dan

P.U. (A) 501 3

“perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang disediakan di Malaysia atau dari Malaysia kepada pelanggan asing.

Pengecualian