Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Amaun pendapatan yang dikecualikan
(1)
Amaun pendapatan yang disebut dalam perenggan 3 berhubung dengan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah bersamaan dengan seratus peratus daripada nilai peningkatan eksport.
(2)
Bagi maksud subperenggan
(1)
, orang yang disebut dalam perenggan 3 itu hendaklah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada jumlah keseluruhan pesakitnya terdiri daripada pelanggan asing yang telah mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam setiap tahun taksiran; dan
(b)
sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada pendapatan kasarnya dijana daripada pelanggan asing yang telah mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam setiap tahun taksiran.
(3)
Jika suatu amaun pendapatan yang bersamaan dengan seratus peratus daripada nilai peningkatan eksport telah ditentukan bagi suatu tahun taksiran, sekian banyak daripada pendapatan berkanun perniagaan orang itu bagi tahun taksiran itu, yang bersamaan dengan nilai peningkatan eksport itu
(atau dengan amaun agregat apa-apa nilai peningkatan eksport itu, mengikut
P.U. (A) 501 4
mana-mana yang berkenaan) tetapi tidak melebihi tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun itu, hendaklah dikecualikan daripada cukai.
Pendapatan berkanun