Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dalam tempoh asas suatu tahun taksiran itu hendaklah ditentukan selepas memotong elaun di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu dibuat.
(2)
Jika sesuatu aset yang digunakan bagi maksud perniagaan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta adalah juga digunakan bagi maksud suatu perniagaan selain perniagaan itu, maka elaun di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat aset itu digunakan bagi maksud perniagaan yang pertama disebut itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
(4)
Jika oleh sebab sekatan tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun atau ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan berkanun daripada suatu perniagaan orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada amaun bagi nilai peningkatan eksport yang ditentukan yang berhak diberikan kepada orang itu bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun itu atau amaun agregat itu yang tidak boleh diberikan bagi tahun itu hendaklah diberikan kepada orang itu bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dalam tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada perniagaan itu, dan bagi tahun taksiran berikutnya sehinggalah orang itu menerima keseluruhan amaun atau amaun agregat yang orang itu berhak mendapatnya.
P.U. (A) 501 5
Akaun berasingan