Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
(a)
orang itu telah diberi apa-apa galakan (kecuali bagi potongan bagi penggalakan eksport) di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327];
(b)
orang itu telah diberi elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;
(c)
orang itu telah diberi suatu pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)
atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan suatu projek perkhidmatan yang telah diluluskan; atau
(d)
orang itu telah diberi pengecualian di bawah Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002].
Dibuat 30 Disember 2021
[Perb. LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-74(2); MOF.TAX(S)700-2/1/150; PN(PU2)80/Jld.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 501 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 13) ORDER 2021