Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 17) 2007 (PINDAAN) 2018
Seksyen 3
Pindaan perenggan 2
(a)
dengan memasukkan sebelum takrif “dilakukan” takrif yang berikut:
‘ “aktiviti yang layak” ertinya aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual dan yang diluluskan oleh Menteri;’;
P.U. (A) 395 3
(b)
dengan menggantikan takrif
“Perbadanan
Bioteknologi
Malaysia
Sdn. Bhd.” dengan takrif yang berikut:
‘ “Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia Sdn Bhd”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang fungsinya adalah bagi maksud membangunkan industri bioteknologi di Malaysia;’; dan
(c)
dalam takrif “syarikat berstatus BioNexus”—
(i)
dengan menggantikan perkataan “1965” dengan perkataan “2016”;
dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “sains kehidupan”
perkataan
“yang memenuhi kehendak dalam subperenggan 3(1A)”.
Pindaan perenggan 3